Pemancar tunggal Jam_radio

Jam radio yang disegerakkan dengan isyarat waktu bumi boleh mencapai ketepatan sekitar 1 milisaat relatif dengan piawaian waktu, sekadar dibatasi oleh ketaktentuan dan keberubahan perambatan radio.

Pemancaran gelombang panjang dan gelombang pendek

Jam radio bergantung pada isyarat waktu stesen radio. Piawaian waktu ini menentukan:

  • frekuensi penyiaran piawain frekuensi
  • lokasi geografi tepat untuk setiap antena, supaya waktu perambatan isyarat radio boleh dianggar
  • cara menentukan permulaan setiap selang saat
  • cara isyarat dimodulatkan untuk mengenal pasti waktu semasa

Senarai stesen radio isyarat waktu

FrekuensiPengenalNegaraLokasiJenis aerialKuasaCatatan
40 kHzJJY JepunMount Otakadoya, FukushimaHulu kapasitans, tinggi 250 m50 kW
60 kHzGBZ United KingdomAnthorn, Cumbria17 kW
JJY JepunMount Hagane, KyushuHulu kapasitans, tinggi 200 m50 kW
WWVB Amerika SyarikatFort Collins, ColoradoHulu kapasitans kembar, tinggi 122 m70 kW
66.66 kHzRBU RusiaElektrougli, Moscow10 kW
68.5 KHzBPC ChinaXi'an
75 kHzHBG SwitzerlandPrangins20 kWsehingga 31 Dis 2011
77.5 kHzDCF77 JermanMainflingen, HesseAntena semua arah menegak dengan kapasiti muatan atas, tinggi 150 m [1]50 kW
162 kHzTDF PerancisAllouisDua tiang keluli gai, tinggi 350 m, disuap di atas2000 kW
2.5 MHzBPM ChinaXi'an
WWV Amerika SyarikatFort Collins, Colorado2.5 kWKod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH Amerika SyarikatKekaha, Hawaii5 kW
3.33 MHzCHU KanadaOttawa, Ontario3 kWKod masa Bell 103 300 baud
5 MHzBPM ChinaXi'an
WWV Amerika SyarikatFort Collins, Colorado10 kWKod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH Amerika SyarikatKekaha, Hawaii10 kW
7.85 MHzCHU KanadaOttawa, Ontario10 kW300 baud Bell 103 time code
10 MHzBPM ChinaXi'an
WWV Amerika SyarikatFort Collins, Colorado10 kWKod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH Amerika SyarikatKekaha, Hawaii10 kW
14.67 MHzCHU KanadaOttawa, Ontario3 kWKod masa Bell 103 300 baud
15 MHzBPM ChinaXi'an
WWV Amerika SyarikatFort Collins, Colorado10 kWKod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH Amerika SyarikatKekaha, Hawaii10 kW
20 MHzWWV Amerika SyarikatFort Collins, Colorado2.5 kWKod masa BCD pada subpembawa 100 Hz

Banyak negara lain juga boleh menerima isyarat ini, cuma bergantung pada waktu, keadaan atmosfera, dan gangguan dari binaan-binaan yang menghalang, misalnya: isyarat JJY adakalanya boleh diterima di Australia Barat, Tasmania, dan Amerika Utara Barat Laut Pasifik pada waktu malam. Penerimaan lebih bagus jika jam diletakkan berhampiran tingkap atau bukaan yang menghadap pemancar. Juga adanya lengah transit kira-kira 1 ms untuk setiap 300 km dalam jarak antara penerima dan pemancar.

Penerima jam

Jam radio acap kali dipasarkan sebagai "jam atom", tetapi sebenarnya bukan jam atom. Sebaliknya, jam radio menerima isyarat waktu berkod dari sebuah stesen radio yang menerima maklumat waktu dari sebuah jam atom yang sebetulnya.